November 21st, 2018

Nekad untuk mengambil keputusan mengejut dengan mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen, ramai juga yang tertanya apakah masalah yang dihadapi oleh Izzue Islam.

Enggan terus berselindung lagi, Izzue mendakwa insiden beliau sering dipulaukan oleh ahli Forteen adalah punca utama beliau ingin bergerak solo.  Kehadiran Izzue didalam kumpulan itu seperti tidak wujud.

Ini bukan kali pertama mereka tidak bertegur sapa dengan saya. Kejadian pertama pada 2014 tapi tidaklah sampai saya ambil keputusan berundur. Namun, kali ini, saya sudah fikir masak-masak.

Tempoh hari, ketika berada di final musim kelima Gegar Vaganza (GV5), mereka buat saya macam tak wujud. Usahkan tegur, bersalam pun tidak sedangkan dengan orang lain boleh pula mereka bercakap seperti biasa.

Saya faham, adalah normal dalam sesebuah kumpulan berselisih pendapat, cuma andai tiada lagi persefahaman hingga tidak bercakap, lebih baik saya berundur. Kalau tak buat sekarang, esok lusa kalau jadi dipulaukan lagi, saya tetap keluar.

Agak serius juga apa yang dikatakan oleh Izzue ini, walau apa pun, kami tetap berharap satu hari nanti masalah antara mereka boleh diselesaikan dengan baik. Industri hiburan kita ini kecil dan tidak manis kalau terus bermasam muka kan?

Sumber Berita : BH ONLINE


19 responses to “Ahli Forteen Sudah Lama Pulaukan Saya – Izzue Islam”

  1. fiveteen says:

    lebih baik u bincang ng baik with your team. biarla diorg pulau kau yg penting kau tdk begitu…xpyhla umum live bgtu. nmpk sgt u tgh sakit hati….klu boleh..keluar pn biar dgn hati y tenang bukan hati merajuk…1 industry tgok..biar gerak solo pn…tetap jumpa jua…kan.kan kan.kan…berdamai ng your team. then
    gerak solo…simple..

  2. kepoh says:

    tak payah menyanyi lah izzue, suara kau bukan sedap pun, over je lebih, acah acah bagus je…ahli lain ok je, ko yg over.

  3. Anonymous says:

    Boooo..cry baby!!!!!

Loading...