Sejak tiga dekad yang lalu para saintis telah berusaha membuat penemuan beberapa ekspolanet dan mereka juga percaya bahawa setiap bintang di galaksi Bima Sakti rata-rata menampung lebih dari satu planet. Setakat ini sebanyak 4,000 eksoplanet sudah berjaya ditemukan.
Baca: NASA Temui Planet Seiras Bumi Yang Mungkin Berpenghuni
Oleh hal demikian, penemuan bukti mengenai kewujudan makhluk asing juga turut diteruskan sehingga kini. Untuk pengetahuan, sejak dulu lagi sebahagian besarnya telah dilakukan dengan cara memeriksa sistem pada bintang berdekatan dengan menggunakan isyarat radio dan cahaya laser.
Para saintis juga yakin bahawa sekurang-kurangnya satu hingga 10 juta sistem bintang memiliki peluang yang wajar untuk dihuni.
Selain itu, seorang ahli astronomi terkenal juga turut tampil memberitahu bahawa kewujudan sistem solar yang lain telah memberi pembayang bahawa bukan manusia sahaja yang tinggal di alam ini.
“Tak boleh fikir bahawa manusia bersendirian, alam semesta ini terlalu besar.”
Oleh itu, beliau sangat yakin tentang kewujudan makhluk asing di alam ini dan ‘mereka’ juga mungkin kurang bijak dan tidak memilik mata berwarna hijau seperti dibayangkan. Dr Sheila Kanani juga yakin bahawa manusia hanya ada peluang yang tipis saja untuk menemukan makhluk asing di angkasa lepas.
Bukan itu sahaja, memandangkan planet ruang angkasa sangat luas dan pelbagai perkara aneh sudah berlaku, seorang penyampai televisyen, Konnie Huq turut mempunyai pendapat yang sama tentang perkara itu.
Betul ke alien itu wujud dan kurang bijak?
Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.