Pelakon baru, Ahirine Ahiruddin meluahkan rasa kecewa selepas namanya dipetik menjadi ‘penyondol’ menyebabkan hubungan pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil retak.
Menerusi Instagram, pelakon berusia 26 tahun itu menyelar media terkenal yang memuat naik berita mengaitkan dirinya yang dikatakan punca Diana memfailkan cerai.
Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid. Diana dan Farid tidak ada kata apa-apa pun mengenai perkara itu. Pandai-pandai je netizen ni.”
Jelas Ahirine, hubungan akrabnya dengan Farid sememangnya profesional dan hanya atas dasar kerja semata-mata dan turut akui sudah lama tidak berhubung dengan aktor berkenaan.
Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan dari buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni.”
Terdahulu, pada awal tahun kemesraan Ahirine dan Farid di dalam video yang dimuat naik di media sosial meraih perhatian ramai.
Terutamanya video yang menunjukkan bapa kepada dua anak itu memakaikan helmet kepada Ahirine yang berlakon di dalam filem arahannya, Remp-It 2.
@ahirinee @Farid Kamil #Rempit2
Menerusi TikTok, Ahirine pernah memuat naik beberapa video menunjukkannya berlatih Muay Thai bersama Farid di mana sesetengah netizen mendakwa aksi mereka begitu mesra.
Malah, ramai yang turut tag akaun Diana Danielle namun aktres itu memberikan respon bersahaja malah dia juga turut pernah datang untuk berlatih bersama-sama.