“Ahhh Tak….I Buat Bola….” – Bukan Salah Janna, Netizen Kata Jawapan ‘Double Meaning’ Fyna Jebat Punca Bergaduh

Trending

“Ahhh Tak….I Buat Bola….” – Bukan Salah Janna, Netizen Kata Jawapan ‘Double Meaning’ Fyna Jebat Punca Bergaduh

Tular tentang pergaduhan yang berlaku antara isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan, Fyna Jebat dan isteri pertama, Datin Zalina Zaini baru-baru ini.

Difahamkan, berlaku adegan tarik rambut antara dua isteri  bekas jurulatih Liga Super itu kerana Zalina berasa disindir dengan kenyataan Fyna dalam program Famili Duo.

Advertisement

Disebabkan itu, segelintir netizen mendakwa pengacara program itu, Janna Nick menjadi punca pergaduhan antara Fyna dan madunya.

1 year ago

"Kau Ingat Melodi Ke?" - Tanya Soalan 'Panas', Netizen Dakwa Janna Nick Punca Pergaduhan Fyna & Madu

Bukan hanya netizen, tetapi pelakon Azhar Sulaiman turut ‘berpesan’ kepada pihak produksi untuk tidak menjadikan perkahwinan tersebut bahan jenaka.

Tidak berdiam diri, Janna terpanggil mempertahankan dirinya dan menjelaskan bahawa apa yang ditanya olehnya di dalam program adalah mengikut skrip.

Saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumahtangga yang dilalui mereka.”

Menerusi hantaran di Instagram, Janna memuat naik klip pendek ketika dia bertanyakan soalan kepada Fyna yang didakwa menjadi punca itu.

Sesetengah netizen berpendapat soalan ditanya aktres itu tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya cara Fyna menjawab soalan yang ‘mengundang’.

Mereka turut mengkritik adik Ayda Jebat itu kerana tidak berfikir sebelum menjawab kerana memberikan unsur ‘double meaning’ dalam program TV yang ditonton pelbagai lapisan umur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...