Ah Moi Maafkan & Berbaik Demi Anak-Anak, Bila Ditanya View Chin Dah Kahwin Dengan Mira Ini Jawabnya – “Sebenarnya Status Dia…”

Trending

Ah Moi Maafkan & Berbaik Demi Anak-Anak, Bila Ditanya View Chin Dah Kahwin Dengan Mira Ini Jawabnya – “Sebenarnya Status Dia…”

Selepas melalui episod hitam dalam rumah tangganya, personaliti media sosial Shermine Hau kini akui sudah move on daripada kemelut yang berlaku.

Perceraian dengan bekas suami, View Chin merupakan antara detik paling sukar dalam hidupnya namun kata Shermine dia kini bangkit demi anak-anaknya.

Advertisement

Bahkan hubungannya bersama View Chin sudah semakin baik kerana masing-masing mahu memberikan fokus dalam membesarkan tiga anak mereka.

shermine

Usahawan berusia 32 tahun itu juga akui belum terfikir lagi untuk mencari jodoh baru dan mahu fokus kepada perniagaan dan anak-anak buat masa sekarang.

Sebenarnya saya pun tiada masa nak pergi berkenalan dengan lelaki lain. Ada minat juga tapi saya mahu fokus pada perniagaan. Kena tunggu orang yang betul-betul hargai dan sayang saya muncul, sekarang belum muncul.

Tambah Shermine, anak-anak merupakan sumber inspirasi untuknya bangkit semula selepas apa yang berlaku dan kini kehidupannya semakin bahagia.

Shermine turut memberitahu dia ada berjumpa dengan bekas suaminya dan menyambut perayaan Krismas bersamanya serta keluarga namun tidak mengetahui jika View Chin sudah berkahwin atau belum dengan Mira.

Sebenarnya I pun tak tahu status dia sebab kita kalau jumpa sebab anak je. Kita kurang borak, tak akan borak pasal kehidupan peribadi.

view chin

view chin islam
7 months ago

"Dah Sunat Laser Ke?" - View Chin Beri Salam Di Facebook, Warganet Spekulasi View Chin & Mira Dah Bernikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...