Pempengaruh media sosial Shermine Hau atau Ah Moi dilihat bersikap profesional dan melupakan sengketa lama dengan bekas suaminya, View Chin.
Baru-baru ini Ah Moi menjemput View Chin untuk hadir menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka dan pempengaruh tersebut ada berkongsi moments ketika parti tersebut di Facebook.
Selepas dua tahun, ini gambar keluarga kami. Saya lupakan kisah lama dan mulakan hidup baru kami. Saya berharap dia gembira dan sihat (mestilah gembira tengoklah badan dia).
Kata Ah Moi, meskipun dia ibu tunggal dan kini tidak mempunyai teman lelaki dia menikmati setiap detik yang diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan serta semua yang menyayangi dirinya.
Ah Moi juga turut mengucapkan terima kasih kepada View Chin kerana sudi hadir untuk bersama-sama meraikan hari lahir anak mereka, Sylvia.
Dia juga turut mendedahkan sambutan anak perempuan ketiga mereka itu ditaja oleh View Chin sendiri.
Netizen puji
Ramai netizen memuji sikap Shermine dan View Chin yang menjaga hubungan baik demi kebaikan dan kebahagiaan anak-anak yang sedang membesar.
Tak kurang juga yang memuji Shermine kerana sanggup melupakan luka dan kisah lama yang berlaku di antaranya dan View Chin suatu ketika dahulu.