Agong Memberi Tepukan Gemuruh Kepada Frontliners COVID-19 Sebelum Memberi Ucapan Diraja

Trending

Agong Memberi Tepukan Gemuruh Kepada Frontliners COVID-19 Sebelum Memberi Ucapan Diraja

Ibarat ‘Sudah Terang Lagi Bersuluh’, pengorbanan petugas barisan hadapan negara yang bersungguh-sungguh bertempur menentang COVID-19 demi keselamatan negara kita.

Bagi menghargai jasa mereka, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah memulakan perasmian pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini, dengan memberi tepukan penghargaan buat mereka.

Advertisement

Bukan itu sahaja, ucapan hari ini juga nampaknya sangat berbeza kerana dipenuhi dengan pujian terhadap petugas barisan hadapan terutama yang berada dalam perkhidmatan kesihatan, angkatan bersenjata, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Imigresen, Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Pasukan Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), dan agensi lain yang terlibat, atas dedikasi mereka dalam menjawab panggilan tugas.

Dalam pada yang sama, baginda turut menasihatkan agar rakyat terus menjaga kesihatan diri, keluarga dan persekitaran setempat selain menghindari daripada berhimpun secara ramai dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Mudah-mudahan Malaysia akan berjaya menangani pandemik COVID-19 ini dengan jayanya.”

Advertisement

Dalam Titah Diraja, Seri Paduka turut mengucapkan selamat berpuasa serta mengingatkan umat Islam supaya tidak lupa untuk menunaikan zakat.

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...