Agong Bertitah Aktiviti Ketenteraan AS Dan China Di Laut China Selatan Perlu Diberi Perhatian

Trending

Agong Bertitah Aktiviti Ketenteraan AS Dan China Di Laut China Selatan Perlu Diberi Perhatian

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Malaysia perlu memberi perhatian terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) dan China di Laut China Selatan. Sejak kebelakangan ini, semakin banyak aktiviti melibatkan tentera AS dan China yang menimbulkan tanda tanya.

Menurut baginda, Malaysia perlu merangka strategi bersesuaian untuk melindungi kepentingan negara. Dalam kesibukan Malaysia menangani isu pandemik COVID-19 dalam negara, beberapa perkara penting sedang berlaku yang memerlukan pemerhatian rapi.

Advertisement

Pada April lalu, Amerika Syarikat telah menghantar dua kapal perang ke Laut China Selatan selepas kapal milik China dilaporkan menceroboh kawasan perairan Malaysia. Pencerobohan yang dilakukan kapal Haiyang Dizhi 8 itu dikatakan berada terlalu hampir dengan kapal eksplorasi Malaysia yang sedang melakukan aktiviti penggalian.

“Malaysia perlu sentiasa peka kepada domain maritim negara di samping terus merangka strategi untuk mendukung aspirasi geopolitik negara.”

kapal perang amerika

Baginda bertitah semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini. Baginda turut berharap, kerangka strategi dan dasar pertahanan masa depan Malaysia mengambil kira kepentingan diplomasi pertahanan, dasar luar yang pragmatik, triti antarabangsa dan kedudukan geopolitik negara di Rantau Asia Pasifik.

Sementara itu, baginda bertitah supaya kerajaan merangka pendekatan omprehensif dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara menyeluruh. Memandangkan isu ini bakal menimbulkan pelbagai masalah dari segi ekonomi, sosial dan keselamatan Malaysia.

“Sempadan negara yang terbuka luas perlu terus diperkukuh dalam usaha mengekang laluan rentas sempadan PATI,” titah baginda.

Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kehadiran kapal perang di Laut China Selatan berpotensi meningkatkan ketegangan yang akan menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan. Ianya perlu diselesaikan berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Artikel berkaitan: Bagaimana Malaysia Tersepit Diantara Pertembungan China Dan USA Di Laut China Selatan Ketika Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...