Susulan isu kontroversi melibatkan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman, agensi yang membawanya untuk mengerjakan umrah itu mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar.
Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, ketika proses pendaftaran Sajat mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dirinya seorang khunsa.
Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di Tanah Suci Makkah Sajat sebaliknya memaklumkan kepada mutawif disana bahawa dirinya seorang khunsa pula.
Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.
Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa. Malah, surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak agensi.
Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.
Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin.
Pada masa yang sama, pihak agensi memaklumkan Sajat masih lagi berada di Tanah Suci kerana sebelum ini dia sudah pun menziarah Madinah dan sekaligus menafikan dakwaan dia telah ditahan oleh pihak berkuasa di Arab.