Agama Tidak Ajar Menegur Dengan Cara Kasar, Kecam Itu Salah Dan Berdosa – Emma Maembong

Hiburan

Agama Tidak Ajar Menegur Dengan Cara Kasar, Kecam Itu Salah Dan Berdosa – Emma Maembong

Berbulan dikecam kerana keputusannya untuk membuka tudung, kini pelakon Emma Maembong tidak mahu terus ‘dihantui’ dengan persepsi negatif dan tidak mahu lagi ambil pusing dengan setiap kecaman daripada netizen.

Advertisement

Kata Emma, Islam tidak pernah mengajar menegur kesalahan seseorang dengan cara yang kasar.

Jika kita buat silap dan nak dihukum sampai bila-bila, kita akan selamanya di situ dan takkan ke depan. Jadi, apa yang penting apabila buat silap, kita belajar.

Saya terima setiap teguran. Namun, mana-mana komen kasar dan jahat, saya biarkan saja di situ. Biar netizen lain tengok. Mereka bukan nasihat saya, tapi itu adalah buli siber. Mereka yang menasihati bab agama sepatutnya tahu cara terbaik untuk melakukannya. Agama kita tidak mengajar untuk menegur satu sama lain dengan cara kasar.

Jadi, cara mereka itu salah dan dapat dosa juga. Ia bukan cara terbaik untuk menegur orang. Bagi saya, tegur kena ada caranya. Saya dengar setiap teguran dan saya berterima kasih kerana menegur. Saya tahu, kalau yang menegur itu dia ambil berat mengenai saya.

Terdahulu, kecoh apabila Emma yang sudah lima tahun berhijab membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan mengakui imannya belum cukup kuat untuk terus istiqamah menutup aurat. Bagaimanapun, Emma memberitahu tindakannya itu tidak pun menjejaskan kariernya. Sebaliknya, rezeki beliau semakin murah dan menerima banyak tawaran lakonan.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Budak Tadika

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...