“Agak-Agaklah..” – Didakwa Buat ‘Projek’ Dalam Tandas, Fiza Halim Anggap Fitnah Melampau

Hiburan

“Agak-Agaklah..” – Didakwa Buat ‘Projek’ Dalam Tandas, Fiza Halim Anggap Fitnah Melampau

Baru-baru ini, gempar dengan satu khabar angin mengenai pelakon Fiza Halim telah membuat satu perbuatan terkutuk di dalam bilik air dan ianya ditulis dalam satu artikel yang dimuat naik dalam Instagram.

Jelas terkejut dengan apa yang diperlihatkan, Fiza dapat mengetahui hal berkenaan setelah ada peminatnya menghantar paparan skrin artikel berkenaan kepadanya.

Advertisement

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim berkata dia enggan mengulas perkara terbabit pada awalnya kerana bimbang dengan kesihatan ibunya ketika ini

Katanya lagi di dalam sesi temu bual bersama pihak mStar, ibunya ketika ini disahkan penyakit kanser usus dan kini sedang di stage 3. Timbul pula masalah seperti ini sememangnya tidak membantu.

Sebelum ini, muncul satu status di Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna berkata pelakon berkenaan dibayar olehnya untuk khidmat seks tetapi ianya dinafikan kerana hal itu merupakan perbuatan terkutuk yang boleh menjatuhkan maruah keluarga beliau.

Dalam pada masa yang sama, Fiza enggan menuding jari pada mana-mana pihak kerana sedar kini ramai yang sedang iri hati melihat dirinya bahagia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

pam
2 years ago

(VIDEO) "Macam tak Ada Otak" - Netizen Kecam Lelaki Selamba Kemas Bonet Kereta Dekat 'Pump' Petrol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...