Baru-baru ini, gempar dengan satu khabar angin mengenai pelakon Fiza Halim telah membuat satu perbuatan terkutuk di dalam bilik air dan ianya ditulis dalam satu artikel yang dimuat naik dalam Instagram.
Jelas terkejut dengan apa yang diperlihatkan, Fiza dapat mengetahui hal berkenaan setelah ada peminatnya menghantar paparan skrin artikel berkenaan kepadanya.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim berkata dia enggan mengulas perkara terbabit pada awalnya kerana bimbang dengan kesihatan ibunya ketika ini
View this post on Instagram
Katanya lagi di dalam sesi temu bual bersama pihak mStar, ibunya ketika ini disahkan penyakit kanser usus dan kini sedang di stage 3. Timbul pula masalah seperti ini sememangnya tidak membantu.
Sebelum ini, muncul satu status di Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna berkata pelakon berkenaan dibayar olehnya untuk khidmat seks tetapi ianya dinafikan kerana hal itu merupakan perbuatan terkutuk yang boleh menjatuhkan maruah keluarga beliau.
Dalam pada masa yang sama, Fiza enggan menuding jari pada mana-mana pihak kerana sedar kini ramai yang sedang iri hati melihat dirinya bahagia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.