“Agak-agaklah, Apa Pelanggan Harap Dari Jualan Murah Ni? Kek Sedap Gempak Kebabom RM1/potong?

Trending

“Agak-agaklah, Apa Pelanggan Harap Dari Jualan Murah Ni? Kek Sedap Gempak Kebabom RM1/potong?

Sejak kebelakangan ini premis yang menjual makanan murah sering diviralkan. Ini ialah kerana harganya dikira tersangat murah dan ada kalanya tak masuk akal. Contohnya kek sepotong RM 1 dan kek sebutir RM 9.90 di Kelantan.

anMalah, terdapat satu bakeri di Johor sudah mula mengikut jejak langkah peniaga Kelantan menjual kek hanya berharga RM 1 sepotong.

Advertisement

 



Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook bernama Ezwani Anbdul Talib meluahkan rasa bahawa strategi meletakkan harga sebegini adalah satu strategi perniagaan terdesak. Baca tulisan beliau:

CERITA TENTANG HARGA III

Assalamualaikum…

Wah, wah, viral dah cerita kek RM1/potong dan kek RM9.90 sebiji (kek saiz 9 inci pula tu), hmm. Itu belum lagi tengok promosi kenduri kahwin RM6.90/sekepala, RM5.00/sekepala.

Agak-agak lah, apa yang pelanggan harapkan dari jualan-jualan murah ni? Kek sedap gempak kebabom pada harga RM1/potong? Lauk pauk berderet dengan freebies lagi untuk bajet RM6.90/sekepala?

Perang harga, buang harga: ini satu strategi pemasaran terdesak yang memakan diri. Kalau dah murah pula, makin diminta murah siap dengan minta diskaun pula sekali. Aduh, macam mana ya?

Sudahnya, kek yang dibeli masuk tong sampah. Kenduri yang diharap meriah, tetamu dijamu lauk yang…hmm. Dan mungkin pulang tak makan sebab tak cukup makanan yang dihidang.

Ingatlah cik-cik, puan-puan dan tuan-tuan pelanggan yang dihargai, kalau nak value for money, kena tengoklah pasaran sekarang bagaimana.

Kalau anda sendiri ke kedai membeli barangan, tentu tahu harga barang kini sangat menakutkan.

Pergi ke restoran, ayam + sayur sikit + nasi & air kosong RMB6 sepinggan. Yang peliknya, bagaimana kos dikira? Atau memang saja-saja nak buat amal jariah?

Upah pekerja sekarang, dah tak macam dulu. Semua dah demand, tak ada lagi dah bawah RM50, dengan pelbagai kos yang terlibat, relevant kah lagi harga yang murah ‘gila’ ni?

Kek RM1 setanding rasa kek harga RM5? Ya, kena beli dan rasalah sendiri.

Bagaimana rasa kek RM 5/potong dengan kek RM 1/potong. Mampukah nak buat setting lauk pauk setanding hotel yang RM 19/sekepala dengan bajet RM 6.90/sekepala?

Peniaga, kalau nak kekal dalam berniaga, kiralah kos betul-betul jangan berniaga syok sendiri, modal dan untung rugi tak diperhati.

Kedai mamak, walau harga ayam seketul RM 4.50, tetap ramai orang makan waktu tengahari, kedai kek jenama Secret Recipe (SR), tetap ramai yang tempah/beli keknya walau tahu harganya.

Hmmmm. Boleh tahan juga. Meletak harga, bukanlah benda suka-suka, ikut pula telunjuk pelanggan yang cuba tetapkan harga untuk barang kita.\

Letakkan harga dengan ‘ilmu’ yang betul, kos dikira seluruhnya bahan mentah + upah pekerja + kos utiliti + sewa + cukai dan pelbagai lagi berkait kelangsungan perniagaan kita yang bukan hanya berdiri dari modal bahan mentah sahaja, bukan?

Itu saja nak cerita, hujung-hujung tahun ni hakak kena buat macam-macam kerja, ‘multitasking’. Ulang kaji semua harga, tengok bajet-bajet klien mesyuarat, klien penyenaraian, strategi pemasaran, bajet promosi, dan 1001 hal lagi.

Semua berkaitan membangunkan bisnes, jangan buat bisnes macam cendawan tumbuh, mula-mula kecil, tumbuh kembang dan layu. Hanya dalam masa dua hari.

Nak buka bisnes memang senang, nak kekalkan bisnes itu yang besar cabarannya! Selamat menuju akhir tahun 2016!

Akak jual kek mahei!

Sebenarnya penulis sendiri merasa hairan dengan harga yang begitu murah namun penulis menganggap ini ialah satu strategi perniagaan permulaan untuk membolehkan sesuatu jenama atau premis perniagaan dikenali ramai sebelum mula mengenakan harga sebenar suatu makanan. Tambahan pula, peniaga tersebut berada di kawasan luar bandar, jadi kos tidak setinggi penghasilan makanan jualan di Kuala Lumpur misalnya.

Namun sebelum ini terdapat juga penjual donat sepuluh sen yang memberitahu dia mendapat untung hasil jualannya, cuma tidak banyak.

Atau mungkin juga peniaga tersebut mahu bersedekah amal jariah, siapa pula patut menghalangnya bukan. –amazingnara.com

Sumber: Ezwani Abdul Talib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

10 Comments

  1. hana

    March 11, 2017 at 6:00 pm

    Kalau kena ramuan, tips tertentu dan ratio bahan2 yg diperlukan tk perlu pun bhn yg murah sbb nk bajet sgt..kek akan tetap lembut dan gebu..sya buat muffin pisang tk perlu telur pun skadar buttercup n bhn2 kek yg biasa..tapi tips2 trtentu perlu tau..jgn main dumpling je..mmg tk jadi..moga berjaya bakeries semua!

  2. Gambir Emas

    January 9, 2017 at 10:43 am

    Kek RM 1?? Berbaloi ke?Saya setuju dengan admin mungkin itu adalah salah satu strategi pemasaran mereka. Bagi penjual pula, pastikan kek yang harga 1 tu memang sedap setanding dengan harga sepatutnya. Cuma pesan saya, incase kkalau buat sekadar ada rasa, berhati-hatilah mungkin akan ada yang viralkan. dan menyebabkan reputasi kedai terjejas. Apa2 pun saya rasa penjual dah kira kos marketing dan segalanya.

  3. Anonymous

    January 7, 2017 at 11:41 am

    Aku bukan la pakar akaun sangat tapi kalau setakat harga megi sebungkus,harga sayur ngn harga ketam sekor tu xpyh amek degree pun blh kira..kau survey kat pasar malam pun boleh teka berapa byk modal dia guna..RM28 bhaii…

  4. Anonymous

    January 7, 2017 at 11:33 am

    Yg jual mahal pulak mcm mana?semalam dah kena megi ketam harga RM28 semangkuk dekat Pantai Cahaya Bulan, Kelantan..cuba bayangkan megi cintan tu just tambah sayur & ketam saiz lebih kurang 3 jari seekor.. Ya Rabbi kalau ya pun sewa mahal xkan la sampai nak cekik darah macam tu..pihak berwajib tolong pantau..ada desas desus cakap yang mereka ni ambil kesempatan pada orang luar.Sekadar berkongsi sebagai peringatan..

  5. laki aku pun orang kedah

    November 23, 2016 at 8:11 pm

    Komen kat atas ni biar la secara berhemah… orang kedah ka ni? Memalukan. Dari segi bahasa nampak sangat kolot.
    Celah mana dari kedah ni?
    Cuba baca, fikir dan hadam apa maksud tersirat penulis.. saya pun suka tengok pelbagai ragam org berniaga. Dah itu rezeki dia. Kek singgit ke kek 9.90 sebutir ke… saya faham penulis ligat berfikir dan cuba membayangkan untuk meletak dirinya di tempat peniaga tersebut.
    Mmg saya tabik dia berani berniaga dgn cara begitu. Membanggakan..orang melayu islam kita kan. Saya berharap perniagaannya semakin maju dan dicontohi ramai. Tentang persaingan. InshaaAllah bersainglah secara sihat. Rezeki ada dimana2.

    buat tukang komen kat atas. Maaf. Anda memalukan.