Afreena Suhaimi Diminta Tidak Menulis Sebarang Komen Bersifat Prejudis Tentang Along Cham – Peguam Bela

Hiburan

Afreena Suhaimi Diminta Tidak Menulis Sebarang Komen Bersifat Prejudis Tentang Along Cham – Peguam Bela

Afreena Suhaimi yang merupakan saksi utama dimohon agar tidak menulis dan mengeluarkan sebarang komen bersifat prejudis terhadap suaminya iaitu pelawak, Along Cham.

Perkara itu dimohon oleh pihak pembelaan dan peguam yang mewakili Along iaitu Zaleha Al-Hayat membangkitkan isu berkenaan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani dalam prosiding sebutan kes di Mahkamah Majistret, Sepang, hari ini.

Advertisement

Kenyataan penagih dadah

Kata Zaleha, pihak dimaklumkan isteri anak guamnya yang juga saksi pendakwaan telah memuat naik kenyataan menerusi akaun Instagram peribadinya dan mengatakan pelawak berusia 42 tahun itu adalah penagih dadah.

Kami berhujah kenyataan Afreena bahawa tertuduh penagih dadah bersifat prejudis, melabel dan menghukum tertuduh sebagai seorang yang bersalah.

“Tertuduh belum didapati bersalah di peringkat ini dan kes ini masih belum dibicarakan, walaupun kenyataan ini tidak mempengaruhi mahkamah dalam membuat keputusan kes tertuduh, akan tetapi kami berhujah bahawa perkara ini melanggar hak tertuduh untuk mendapat satu perbicaraan yang adil di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” kata Zaleha.

Afreena Suhaimi

Tiada niat sekat kebebasan bersuara

Tambahnya lagi, pihak pembelaan membangkitkan isu berkenaan bukan kerana niat untuk menyekat kebebasan bersuara Afreena namun perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku memandangkan dia adalah saksi pendakwaan dan kes masih berjalan di mahkamah.

Kami memohon pihak pendakwaan dapat menasihati saksi beliau (Afreena) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menuduh dan bersifat prejudis pada masa depan.

Majistret turut menetapkan 25 September untuk keputusan representasi dikemukakan oleh Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad.

along cham
2025-08-19 10:38:57

Kontroversi Rumah Tangga, Along Cham Dakwa Isteri Masih Tinggal Dengan Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...