Bekas isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi tampil memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang berhubung isu pengesahan lafaz taklik.
Afreena, 33, tidak gentar ketika diminta hakim Muhamad Nazri Basrawi untuk mengangkat sumpah, menegaskan bahawa tiada sebarang lafaz rujuk berlaku selepas Along melafazkan cerai pada 18 Jun 2024.
Kalau nak cakap fasal pengalaman, seperti dia cakap saya menafikan wujud lafaz rujuk. Saya pernah berkahwin sebelum ini serta pernah bercerai. Saya tidak takut dimakan sumpah.
Cuma saya tak tahu kenapa pihak sana (Along) buat kenyataan saya berbohong mengenai lafaz rujuk, sedangkan lafaz rujuk memang tak berlaku.
Afreena menjelaskan dirinya yakin dengan keterangannya kerana berkaitan hukum agama tidak boleh dipandang enteng.
Dalam pada itu, dia turut menegaskan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Along, malah terbuka untuk bersahabat demi kebaikan bersama.
Saya langsung tak ada dendam pada dia. Kalau nak berkawan pun saya tiada masalah. Saya pun dah lama ‘move on’ sebab isu ini dah berlarutan lebih setahun.
Saya doakan yang terbaik untuk dia, sama ada dalam kerjaya, kehidupan peribadi atau urusan anak-anak. Semoga kes ini juga dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Saya doakan juga dia dipertemukan jodoh.
Terdahulu, mahkamah mengesahkan Along dan Afreena sah bercerai talak satu.
Along Cham mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April 2024. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada di bawah jagaan Along.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.