Semakin hari, semakin suram kontroversi yang melanda Afifah Nasir, Aliff Aziz dan Bella Astillah namun sehingga ke hari ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada adik kepada Anzalna Nasir ini. Selepas Aliff dan Bella mengadakan sidang media, ramai yang menjangkakan Afifah turut sama akan tampil menjelaskan apa yang terjadi, namun sehingga ke saat artikel ini ditulis, masih sepi dan sunyi tanpa sebarang khabar. Ramai yang membuat kesimpulan Afifah takut dikritik dan dikecam sehingga enggan muncul menjelaskan keadaan.
Akan tetapi, anda semua jangan membuat kesimpulan membabi-buta. Ini kerana Afifah Nasir akan mengeluarkan kenyataannya cuma dirinya buat masa ini terlalu sibuk. Kata Afifah:-
Fifa memang akan keluarkan kenyataan cuma sekarang tengah sibuk sikit. Maaf sangat
Abang Nara jangkakan Afifah Nasir akan mengadakan satu sidang media pada minggu ini. Lagi cepat Afifah menjelaskan perkara sebenar yang terjadi pada sudutnya, lagi cepat semua orang akan melupakan peristiwa ini. Atau Afifah juga boleh mengambil langkah “buat tak tahu” sampai semua orang lupa dengan sendirinya. Terpulang pada Afifah. Sumber Mstar Online.