Afifah Nasir Ingin ‘Move On’ Dari Kisah Kontroversi Pusat Karaoke

Hiburan

Afifah Nasir Ingin ‘Move On’ Dari Kisah Kontroversi Pusat Karaoke

Sebelum ini, nama Afifah Nasir hangat diperkatakan apabila terpalit dengan satu kontroversi di pusat karaoke dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama, Aliff Aziz. Mereka berdua diserbu isteri Aliff, Bella Astillah, shinggakan Aliff dikatakan secara tidak sengaja telah mencederakan isterinya. Bella telah  membuat laporan polis berkenaan kejadian berkenaan menyebabkan Aliff ditahan reman selama sehari, sebelum dibebaskan berikutan Bella menarik balik laporan polis yang telah dibuatnya.

Kisah itu mendapat perhatian netizen dan Afifah telah dikecam teruk sehingga terpaksa mengadakan satu sidang media memberi penerangan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di pusat karaoke itu.

Advertisement

Kseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kisah itu memberi impak negatif kepada kerjaya Afifah dan Aliff akibat dikecam netizen, namun begitu, Utusan Online melaporkan, Afifah menyatakan tawaran berlakon untuknya tidak berkurang dan ia juga mengajarnya untuk bersikap lebih matang dalam berdepan dengan kontroversi:

Pun begitu, kekecohan yang berlaku sebelum ini tidak menghalang untuk saya aktif berlakon atau menerima sebarang tawaran. Alhamdulillah, saya masih diberikan rezeki untuk membintangi beberapa drama tempatan.

Semuanya berjalan seperti biasa. Saya mahu fokus terhadap karier lakonan. Namun, saya perlu lebih berhati-hati terhadap setiap yang berlaku.

Afifah bagaimanapun enggan memandang ke belakang dan berharap tiada pihak mengungkit mengenai kejadian tersebut.

Saya masih baharu dan sedang belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari semasa ke semasa. Doakan saja yang baik-baik

“Sampai bila hendak bergaduh? Industri ini kecil, pusing-pusing situ juga. Jadi saya telah melupakan segala-galanya dan tidak menyimpan dendam.

Pada masa yang sama, saya cuba untuk move on.

Afifah yang dilihat mesra dan sering berkomunikasi dengan peminatnya di Instagram telah hadir dengan temanl lelakinya, Wan Ariff ke majlis resepsi perkahwinan Mawar Rashid dan Raf Yaakob malam tadi. Rata-rata peminat memuji mereka berdua sebagai pasangan yang serasi.

Diharap Afifah telah benar-benar belajar dari kejadian lepas. Jadikan ia pengajaran untuk mengelakkan kontroversi di masa akan datang. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...