Malam tadi telah berlangsung perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Khabarnya, 80,000 tiket habis dijual, tetapi jumlah sebenar yang hadir jauh berlebihan dari itu, yang menimbulkan persoalan bagaimana mereka yang tidak mempunyai tiket rasmi boleh masuk.
Ada mendakwa, sudah masak dengan situasi tersebut jadi datang seawal jam 3.00 petang untuk mendapat tempat duduk strategik:
Datang awal untuk tempat duduk terbaik
Pemegang tiket grand stand tidak dibenarkan masuk
Ada juga yang mendakwa terdapat penonton yang masuk ke stadium dengan tiket palsu.
Lebih tiket dicetak secara tidak sah?
Isu keselamatan penonton dipandang remeh?
Setiap perlawanan #HarimauMalaya SNBJ penuh sesak, lebih kapasiti tempat duduk. Penonton pertaruh nyawa & keselamatan demi skuad negara namun haruskah keselamatan mereka diabaikan? Apa jadi dengan kawalan keselamatan? @PDRMsia @StadiumMalaysia @KBSMalaysia @SyedSaddiq @501Awani pic.twitter.com/jc94enWkJf
— Ian Johan Ariff (@Ian_AWANI) December 11, 2018
Kekecohan berlaku apabila penyokong Vietnam tidak dapat tempat duduk
Kekecohan disitu. Fans Vietnam takde tempt duduk pic.twitter.com/XF1XJXMlti
— Syamil (@modsya) December 11, 2018
“Pengurusan tiket sambil lewa”
‘Ulat’ benar penonton masuk tanpa tiket

“Memang benar ada diberi masuk secara haram”
Nampaknya perkara ini serius juga. Stadium mempunyai kapasiti dan sekiranya kapasiti berlebihan, mungkin prasarana yang ada boleh rosak dan juga menyukarkan penonton untuk keluar dari stadium jika berlaku kecemasan.
Mungkin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) patut melakukan sesuatu untuk memperbaiki penjualan serta proses validasi tiket. Tiket yang sama kod bar akan menyebabkan tiket individu yang masuk lebih lambat terbatal dan dia tidak perlu dibenarkan masuk.
Apa pun, kita tunggu respon pihak berkaitan mengenai isu ini. – amazingnara.com
Sumber: Ian Johan Ariff, Jimie Cheng