Afdlin Shauki Tidak Setuju Jackie Chan Terima Gelaran Datuk

Afdlin Shauki Tidak Setuju Jackie Chan Terima Gelaran Datuk

Semalam, pelakon antarabangsa Jackie Chan merupakan salah satu antara 71 individu yang telah dikurniakan dengan darjah kebesaran Panglima Mahkota yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Perseketuan hari ini.

Ramai yang tidak menyangka beliau akan dianugerahkan gelaran tersebut dan ia menerima pelbagai reaksi dari segi positif mahupun negatif.

Advertisement

Terbaru, pelawak terkenal Afdlin Shauki turut memberikan pendapat beliau berhubung perkara tersebut dan mempersoalkan kelayakan Jackie Chan menerima gelaran Datuk.

Afdlin dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berpendapat, ianya lebih baik diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah bertarung nyawa dalam kejadian banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini. Jelas beliau, ianya akan lebih bermaknya jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara.

Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepada aktor bertaraf  antarabangsa tersebut.

Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya.

Apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk.


Dari satu sisi yang lain, Jackie Chan mungkin tidak memberikan sumbangan kepada Malaysia, namun beberapa filem lakonan beliau yang menjalani penggambaran di Malaysia sedikit sebanyak telah mempengaruhi penonton antarabangsa. Semua orang mempunyai pendapat dan ia bergantung kepada pandangan masing-masing.

Sumber Berita: Kualalumpurpost

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...