Afdlin Shauki Nafi Terlibat Dalam Isu Salah Laku Berkaitan Projek DBKL Bernilai RM4 Juta

Hiburan

Afdlin Shauki Nafi Terlibat Dalam Isu Salah Laku Berkaitan Projek DBKL Bernilai RM4 Juta

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tersebar baru-baru ini.

Afdlin dalam satu hantaran di Instagram menyatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya hanyalah satu agenda untuk memburukkan nama dan menjatuhkan reputasinya.

Advertisement

Afdlin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang unsur salah laku berkaitan projek berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah yang direka-reka.

Baru-baru ini, tular hantaran dalam Telegram yang cuba mengaitkan saya dengan tuduhan salah laku dalam perolehan satu projek di bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek ini.

Untuk perhatian saudara saudari sekalian, ini adalah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam tidak bertempat.

Bagi menangkis segala tuduhan, Afdlin sudahpun membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Saya difahamkan, perkara ini juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL. Oleh itu, saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Selain itu, Afdlin menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana agensi penguatkuasaan yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Michael Ang berang ada ustaz label yee sang haram
25 mins ago

"Dah-Dah La Nak Melagakan Orang.." - Michael Ang Berang Tindakan Ustaz Melabel Makan Yee Sang Adalah Haram

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...