Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Afdlin Shauki Kritik Stesen TV Terlampau Beri Muka Kepada Penaja, Jual Produk Sehingga Penonton Bosan

Kalau anda perasan, sejak kebelakangan ini stesen televisyen sering mendapat tajaan daripada nama-nama besar terutama sekali daripada produk kosmetik yang mengambil peluang untuk memasarkan produk mereka dengan menaja program popular.

Walaubagaimanapun, kadang-kadang bukan program itu menjadi fokus utama tetapi produk-produk keluaran mereka.

Advertisement

Sebagai seorang penonton, Afdlin Shauki menerusi akaun Facebooknya ada meluahkan pendapat beliau sendiri mengenai perkara berkenaan.

Jelas Afdlin, stesen televisyen seakan memberi muka terlampau kepada pihak penaja dalam mempromosikan produk mereka sehingga sesetengah penonton sudah mula merasa bosan.

Advertisement

Apabila berpendapat sedemikian, pasti akan ada  pihak yang mendakwa Afdlin sebenarnya dengki dengan Melayu lain yang berjaya. Namun, Afdlin sama sekali tidak menyimpan sifat sebegitu dan hanya tidak mahu melihat industri Malaysia menjadi hamba duit dan hanya mengikut telunjuk penaja sahaja.

Integriti penting dalam kerja kita. Aku bersuara pasal aku tak mahu tengok Industri aku menjadi hamba kepada duit. Kita boleh bekerjasama dengan duit. Dengan menimbulkan situasi win win. Dua-dua pihak boleh benefit from a good working relationship.

Sebagai seorang penonton, apa yang disuarakan Afdlin Shauki itu ada betulnya. Kami faham kalau sesetengah program itu perlukan penaja tetapi janganlah sampai keterlaluan dan buat penonton kurang senang dengan promosi terlampau. Jagalah eksklusif sesuatu program itu.

Sumber Berita: Facebook Afdlin Shauki

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top