January 17th, 2016

Sejak kebelakangan ini, isu tentang syarikat Vida Beauty milik Dato Seri Vida yang ingin menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors cukup trending dan hangat diperkatakan.

Ramai yang tidak boleh terima kenyataan dan membayangkan satu sukan yang lasak ini bakal “disentuh” dengan elemen feminin apabila ada khabar angin mengatakan pemainnya akan mengenakan jersi berwarna merah jambu selepas ini.

Walaubagaimanapun, sebagai penaja yang akan berhabis sebanyak RM16 juta bagi The Red Warriors, tentu sekali membolehkan Vida untuk meletakkan apa sahaja syarat mengikut kehendaknya termasuklah mengubah warna stadium.

Namun, perkara ini mendapat perhatian selebriti Afdlin Shauki  yang  tidak menerima apabila pihak penaja cuba menentukan budaya dan integriti sesebuah pasukan bola sepak.

Meskipun ramai yang kurang setuju dengan syarat Vida, tetapi masih ada yang berpendapat ia boleh menyelesaikan beberapa masalah dalaman yang dihadapi oleh pasukan Kelantan. Malah, gaji pemain Kelantan juga tidak akan tertangguh lagi selepas ini.

Tidak semua orang dapat menerima perubahan dan masing-masing mempunai pandangan yang berbeza dalam hal ini. Harapnya kerjasama antara Vida Beauty dan The Red Warriors dapat memantapkan lagi pasukan berkenaan.


Comments are closed.

Loading...