Pasukan kelantan beraksi untuk kali ketiga di Pentas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2014 dan mereka meletakkan sasaran layak ke suku akhir dengan berbekalkan pengalaman yang ada.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata, untuk merealisasikan sasaran itu, TRW perlu menjuarai pusingan awal atau berada di kedudukan dua teratas.
Kelantan FA menjadi pasukan pertama di malaysia menerima tajaan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Pelancongan dengan membawa logo Visit Malaysia di jersi TRW.
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang merupakan menteri pelancongan, TRW layak menerima tajaan itu kerana kejayaan dalam kejohanan di malaysia malah turut bermain di luar negara termasuk Piala Asia, katanya selepas merasmikan jersi AFC The Red Warrior di Menara MARA semalam.
Design Jersi AFC ini merupakan design yang sama digunakan oleh Kelantan FA pada tahun 1994-1993
Jersi kelantan 1994. pic.twitter.com/D6AYCNj6Td
— Helmi Halim (@_emint_) February 23, 2014
Kelantan FA Home football shirt 1993 – 1994. pic.twitter.com/aLwV3xCQYo
— Helmi Halim (@_emint_) February 23, 2014