Program realiti nyanyian Akademi Fantasia nampaknya bakal menemui anda tidak lama lagi. Dikenali sebagai AF2016, pihak Astro baru-baru ini telah memperkenalkan tenaga pengajarnya kepada umum.
Kali ini ada dua wajah baharu di AF iaitu pelakon cukup berbakat Ellie Suriaty dan penyanyi dangdut popular dan terkenal dengan sifat terus-terang, Mas Idayu.
Ellie memikul tanggungjawab sebagai Guru Seni Persembahan dan Mas Idayu pula sebagai Guru Persembahan Vokal.
Antara tenaga pengajar lain ialah Edry Abdul Halim ( Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine ( Guru Tarian & Koreografi) dan Shahrolbahri (Guru Vokal).
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad , pihak beliau amat berbesar hati dengan penyertaan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang masing-masing .
Soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting kerana mereka adalah nadi dalam mendidik semua peserta agar bersedia selepas program tamat. Tahun ini kami bertuah kerana semua pengajar berkaliber dan mempunyai pengalaman luas.
AF2016 akan mula bersiaran pada bulan Ogos depan dan kali ini tenaga pengajar juga akan turun padang sebagai juri sewaktu sesi uji bakat yang bakal diadakan sekitar bulan Julai depan.
Harapnya dengan pembaharuan yang dilakukan ini, ia dapat melahirkan bintang-bintang yang lebih berkualiti nanti.