June 16th, 2020

Mengakui sebelum ini hanya membayar zakat setahun sekali, pelakon Aeril Zafrel kini nekad mahu menunaikan zakat sebulan sekali untuk zakat perniagaannya.

aeril zafrel tunai zakat

Menurutnya, ia merupakan salah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap insan. Aeril juga turut menyeru pihak yang mempunya perniagaan dan berkemampuan untuk membayar zakat secara berterusan.

Perkara itu dikongsi Aeril di laman Instagramnya.selepas beliau difahamkan memuat naik sekeping foto dirinya sedang membayar zakat.

View this post on Instagram

Bertambah rezeki yang ALLAH kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk 'membayar' hak dan tanggung jawab diri dan perniagaan kita untuk saudara2 seiman. Alhamdulillah dulu setahun sekali, sekarang niat dan sudah amalkan sebulan sekali. Moga saya istiqomah. Doakan kami… . Semoga pada yang berkemampuan dan berniaga, mari bersama-sama kita nekad terus-terusan melaksanakan zakat perniagaan dan peribadi kita…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Bertambah rezeki yang ALLAH kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk membayar hak dan tanggung jawab diri dan perniagaan kita untuk saudara-saudara seiman.

Perkongsian yang memndapat ribuan tanda suka itu dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya di laman berkenaan. Malah menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa teruja melihat perkembangan Aeril kini yang semakin matang dalam soal agama.

aeril zafrel tunai zakat

Selain tidak putus mendoakan kesejahteraan hidupnya dan dikurniakan rezeki berlipat kali ganda buat dirinya dan keluarga, tindakan Aeril juga dilihat menjadi inspirasi buat orang ramai dalam melakukan perkara baik sedemikian.

Aeril dan isteri Wawa Zainal merupakan pasangan suami isteri yang sering menjadi perhatian netizen. Setiap perlakuan mereka pasti akan menjadi ikutan para pengikut. Kejayaan yang diungguli mereka dalam bidang perniagaan kini meletakkan Aeril dan Wawa sebaris dengan usahawan terkemuka tanah air seperti Neelofa dan Vivy Yusof.


One response to “Aeril Zafrel Nekad Tunai Zakat Setiap Bulan”

  1. Amor says:

    Alhamdulilah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...