Aeril Zafrel Nekad Tunai Zakat Setiap Bulan

Hiburan

Aeril Zafrel Nekad Tunai Zakat Setiap Bulan

Mengakui sebelum ini hanya membayar zakat setahun sekali, pelakon Aeril Zafrel kini nekad mahu menunaikan zakat sebulan sekali untuk zakat perniagaannya.

aeril zafrel tunai zakat

Advertisement

Menurutnya, ia merupakan salah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap insan. Aeril juga turut menyeru pihak yang mempunya perniagaan dan berkemampuan untuk membayar zakat secara berterusan.

Perkara itu dikongsi Aeril di laman Instagramnya.selepas beliau difahamkan memuat naik sekeping foto dirinya sedang membayar zakat.

“Bertambah rezeki yang ALLAH kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk membayar hak dan tanggung jawab diri dan perniagaan kita untuk saudara-saudara seiman.

Perkongsian yang memndapat ribuan tanda suka itu dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya di laman berkenaan. Malah menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa teruja melihat perkembangan Aeril kini yang semakin matang dalam soal agama.

aeril zafrel tunai zakat

Selain tidak putus mendoakan kesejahteraan hidupnya dan dikurniakan rezeki berlipat kali ganda buat dirinya dan keluarga, tindakan Aeril juga dilihat menjadi inspirasi buat orang ramai dalam melakukan perkara baik sedemikian.

Aeril dan isteri Wawa Zainal merupakan pasangan suami isteri yang sering menjadi perhatian netizen. Setiap perlakuan mereka pasti akan menjadi ikutan para pengikut. Kejayaan yang diungguli mereka dalam bidang perniagaan kini meletakkan Aeril dan Wawa sebaris dengan usahawan terkemuka tanah air seperti Neelofa dan Vivy Yusof.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...