Amboi, amboi, amboi. Terharu Abang Nara melihat hadiah yang diberikan oleh Aeril Zafrel kepada isterinya, Wawa Zainal atas segala penat lelah menjaga dirinya dan anak-anak. Sebuah kereta Mercedez C200 yang bernilai sekitar RM250,000 kini menjadi milik Wawa Zainal bersempena ulangtahunnya yang ke 27 pada 12 Mac yang lalu. Memang ia adalah satu hadiah yang cukup bernilai, terbaik dan berbaloi dari seorang suami kepada seorang isteri.
Pengorbanan seorang isteri sememangnya tidak dapat diukur dan dinilai dengan hadiah ataupun wang ringgit. Namun sekiranya kita mampu, tidak salah untuk seorang suami menghadiahkan sesuatu yang dapat menzahirkan penghargaan kita buat si isteri tercinta. Kalau tak mampu kereta, sejambak bunga pun boleh. Yang penting adalah keikhlasan kita. Tak gitu?
Kata Aeril tentang hadiahnya yang awesome ini:-
Memang harganya amat mahal, tetapi amat berbaloi dijadikan hadiah bagi menghargai kehebatan prestasi jentera keluaran jenama itu, seiring dengan kredibiliti kepimpinan Wawa yang merupakan pengemudi keluarga saya. Ini bukanlah sekadar hadiah, malah tanda penghargaan buat Wawa kerana telah menjalankan peranan sebaik mungkin sebagai isteri dalam menguruskan rumah tangga kami yang dibina sejak 2012. Bukan itu sahaja, Wawa juga banyak berkorban demi menunaikan tanggungjawabnya selaku ibu kepada dua orang cahaya mata kami berserta curahan kasih sayang secukupnya
Sewaktu lawatan itu, Wawa teruja dengan kecanggihan teknologi kejenteraan setiap rekaan Mercedes Benz dan model C200 edisi 2018 benar-benar menarik minatnya. Hari ini apabila dikejutkan dengan kejutan sedemikian, dia bagaikan tidak percaya dan berulang kali mengatakan saya sengaja mahu mempermainkannya. Alhamdulillah, naluri seorang isteri yang sentiasa meyakini keupayaan suaminya membuatkan Wawa akhirnya menerima kenyataan bahawa dia telah memiliki kereta idaman.
Semoga dengan hadiah ini, ikatan suami isteri antara Aeril dan Wawa akan semakin kukuh, jitu dan padu. Sama-samalah kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.