Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aeril Zafrel Elak Bergandingan Dengan Wawa Zainal Kerana Tidak Mahu Isteri Merajuk Ketika Ditegur

Agak lama kita tidak melihat pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berlakon bersama didalam mana-mana drama.  Yang terbaru pun Wawa seorang sahaja yang membintangi drama Duda Terlajak Laris. Biasanya ramai juga pasangan selebriti yang digandingkan bersama bukan?

Advertisement

Menjawab persoalan tersebut, Aeril memberitahu mereka ada juga menerima tawaran untuk digandingkan bersama, tetapi beliau sendiri kalau boleh tidak mahu berlakon dengan Wawa kerana ingin menjaga hati isteri tercinta.

Ini kerana Aeril lebih gemar untuk menegur cara isterinya berlakon dan kadang-kala ia boleh mencetuskan rasa merajuk didalam hati Wawa.

Saya tak pernah halang Wawa berlakon kerana itu minatnya. Baru-baru ini pun dia membintangi drama bersiri Duda Terlajak Laris untuk slot Akasia TV3. Lagipun rasanya Wawa dan produksi tahu watak sesuai untuknya.

Cuma, kami tak betah jika digandingkan kerana nanti saling menegur antara satu sama lain. Wawa tak suka berlakon dengan saya memandangkan saya agak cerewet. Silap gaya dia boleh merajuk di lokasi.

Advertisement

Bagi saya teguran bagus untuk perbaiki kekurangan yang ada, tetapi dalam keadan saya dan Wawa, rasanya tidak sesuai.

Kalau sudah tidak sesuai untuk berlakon bersama dan demi mengekalkan keharmonian hubungan suami isteri adalah lebih baik untuk mereka berdua tidak bekerjasama dalam mana-mana drama. Apa-apapun, menjaga perasaan pasangan adalah perkara yang paling utama.

Sumber Berita : Harian Metro

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama