Agak lama kita tidak melihat pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berlakon bersama didalam mana-mana drama. Yang terbaru pun Wawa seorang sahaja yang membintangi drama Duda Terlajak Laris. Biasanya ramai juga pasangan selebriti yang digandingkan bersama bukan?
Menjawab persoalan tersebut, Aeril memberitahu mereka ada juga menerima tawaran untuk digandingkan bersama, tetapi beliau sendiri kalau boleh tidak mahu berlakon dengan Wawa kerana ingin menjaga hati isteri tercinta.
Ini kerana Aeril lebih gemar untuk menegur cara isterinya berlakon dan kadang-kala ia boleh mencetuskan rasa merajuk didalam hati Wawa.
Saya tak pernah halang Wawa berlakon kerana itu minatnya. Baru-baru ini pun dia membintangi drama bersiri Duda Terlajak Laris untuk slot Akasia TV3. Lagipun rasanya Wawa dan produksi tahu watak sesuai untuknya.
Cuma, kami tak betah jika digandingkan kerana nanti saling menegur antara satu sama lain. Wawa tak suka berlakon dengan saya memandangkan saya agak cerewet. Silap gaya dia boleh merajuk di lokasi.
Bagi saya teguran bagus untuk perbaiki kekurangan yang ada, tetapi dalam keadan saya dan Wawa, rasanya tidak sesuai.
Kalau sudah tidak sesuai untuk berlakon bersama dan demi mengekalkan keharmonian hubungan suami isteri adalah lebih baik untuk mereka berdua tidak bekerjasama dalam mana-mana drama. Apa-apapun, menjaga perasaan pasangan adalah perkara yang paling utama.