April 5th, 2019

Pelakon Aeril Zafrel dikenali sebagai seorang yang suka bergurau dan ada kalanya ia berkaitan dengan isu semasa yang viral.

Namun, muat naik beliau kali ini mendapat kecaman netizen yang mendakwa beliau tidak sensitif dengan isu kehilangan peserta larian, Mohammad Ashraf  yang sehingga hari ini masih kekal misteri.

Aeril memuat naik foto gambarnya seakan-akan di belakang hutan dengan membuat bulatan-bulatan kecil seperti ingin menunjukkan sesuatu.

Gurauan Aeril itu tidak boleh diterima oleh netizen yang menganggap beliau ingin mencari publisiti murahan dan langsung tidak memikirkan perasaan keluarga Ashraf ketika ini. Dalam erti kata lain, bergurau tidak kena dengan situasi.

Difahamkan, Aeril  sengaja memuat naik gambar itu memerli ragam netizen di Malaysia yang selalu ingin mengaitkan unsur mistik dalam semua perkara dan terlalu percayakan alam ghaib.

Tidak dinafikan, mungkin juga sindiran ini kurang sesuai dengan masanya, ramai yang masih risau dan terkesan dengan kehilangan Ashraf. Apa-apa pun, jom kita berdoa agar Ashraf dapat ditemukan segera.


14 responses to “Aeril Zafrel Didakwa Tidak Sensitif Dengan Isu Kehilangan Peserta Larian?”

  1. CiK piNgu says:

    “Tidak dinafikan, mungkin juga sindiran ini kurang sesuai dengan masanya, ramai yang masih risau dan terkesan dengan kehilangan Ashraf. Apa-apa pun, jom kita berdoa agar Ashraf dapat ditemukan segera”

    weyyyy aku ukan fan Aeril ea tapi bg aku nk btl kan kat sini ini bukan sindirin. netizen yg gegeh duk bulat2 tu lagi hantu punya perangai!

  2. Anonymous says:

    owh.. nk sindir netizen rupanya.. bukan lah nak main2 kan perasaan family dak acap.. since pic yg bulat2 tu ditularkan, byk je pic mcm dak aeril buat ne ada kt ruangan komen tu.. pun sama lah kot dengan sindir netizen lain.. kot lah.. jujur aku pun tk nampak apa yg dibulat2kan tu sbb aku bukan dr golongan istimewa yg dberikan anugerah istimewa utk lihat makhluk ghaib ne.. tp kot yg bulat2 kt pic berkaitan dgn acap tu dibuat oleh golongan yg istimewa ne, dah kenapa nk disindir gtu kalau itu boleh mmbantu kumpulan yg nk selamatkan acap tu? ko lak aeril, public figure kn.. harus lah dikecam sbb org pandang ko sebagai figura yg patut djadikan contoh.. sah2 pic bulat2 tu berkait ngan acap kot.. but ye lah next time sblum nk post mende2 kt soc med tmpatkan diri di tmpt c polan2, n tanya dr sndr.. if org lain post mcm aku post ne, apa aku ase? sekian..

  3. Kau says:

    Bodoh. Konon kelakar la tu. Berlakon pun bajet control je. Sama pesen dengan Zul Ariffin.

  4. hakak says:

    rasanya dia tujukan post tu pada netizen2 yg bengap.. yang kengkonon nampak itu ini kat gambar2.. ntah pa pe la.. bukan dia buat lawak kat famili acap..

    • nana says:

      aku doakan dia hilang sekali pun tak pe. semak je dlm dunia artis. pakai muka jual agama, pastu kaki kencing. kalau tak percaya, asal dlu boleh percaya ilmu hitam, konon ada orang hantar sebab dengki. dia dgn netizen sama je bermasalah. sama bodoh. dlu kisah konon berenti berlakon nk dalami agama, rupa2 nya dpt job dgn production lain. ni jenis manusia yg boleh wat aku emo.

Loading...