Aeril Zafrel Dan Nazim Othman Berlakon Dalam Filem Kontroversi?

Hiburan

Aeril Zafrel Dan Nazim Othman Berlakon Dalam Filem Kontroversi?

Filem berkaitan hubungan sejenis dan menyentuh sisi lain dalam masyarakat agak jarang ditayangkan di pawagam.

Kalau anda masih ingat, hanya filem Anu Dalam Botol arahan Raja Azmi yang menampilkan Arja Lee dan Wan Raja yang lepas untuk dipertontonkan. Namun, filem itu juga turut mendapat kecaman yang hebat meskipun ada mesej tersirat disebalik karya berkenaan.

Advertisement

Namun, semalam hangat dengan satu isu dimana Aeril Zafrel dikatakan memuat naik satu foto poster bertajuk Crystal Soul yang berkisarkan kehidupan gay. Dalam filem itu Aeril dan Nazim memegang watak utama sebagai pasangan sejenis.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa jam foto kontroversi itu telah dipadam oleh Aeril, mungkin kerana wujudnya pelbagai persoalan. Hurm..susah hendak beri komen tentang filem sebegini kerana setiap pihak mempunyai pandangan tersendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...