Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aeril Zafrel Berlakon Di Samping Sharon Stone

Wow. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah Aeril Zafrel nampak di wajah kacaknya. Kerana wajahnya yang menepati ciri-ciri lelaki Asia yang diinginkan oleh produser, Aeril telah mendapat peluang untuk berlakon watak utama di samping Sharon Stone dan Christina Ricci di dalam sebuah filem Hollywood.

aeril zafrel

Advertisement

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Aeril memberitahu yang dia turut terlibat dalam pembikinan muzik video yang akan ditayangkan di dalam saluran MTV sebagai promosi awal filem romantik yang telah menjalani penggambran di London, England. Kata Aeril:-

Kenalan saya itu meminta saya hantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian, pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu. Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

aeril zafrelNampaknya selepas keluar daripada MIG, rezeki Aeril terbuka luas di Hollywood. Memang bertuah sungguh dapat berlakon bersama-sama Sharon Stone dan Christina Ricci. Mereka berdua memang bukan calang-calang pelakon. Pasti banyak pengalaman dan ilmu yang telah ditimba oleh Aeril. Kepada Aeril, teruskan usaha anda dan semoga maju jaya di masa hadapan.

P.S: Iklan kerja paling kelakar di dunia ini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top