AEON (AFP) Edisi 2023 Perkenal Pakaian Jalanan Anime, Masa Depan Denim & Busana Hari Raya

Fesyen

AEON (AFP) Edisi 2023 Perkenal Pakaian Jalanan Anime, Masa Depan Denim & Busana Hari Raya

Pra-tonton Fesyen AEON (AFP) kini kembali dengan persembahan yang memukau menampilkan StevenSunny dengan warna terang, serta kerjasama yang erat dengan komuniti pelajar dari Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT).

Edisi November 2023 AFP bukan hanya satu acara fesyen, tetapi ia juga merupakan kolaborasi yang mempertemukan kreativiti pelajar dengan tren fesyen masa kini.

Advertisement

Anime Memasuki Dunia Jalanan dengan Gaya AEON SELECT

aeon 1

Pakaian jalanan anime muncul sebagai tren dominan dengan cepat. Ia berjaya menarik peminat fesyen dengan gabungan estetika bandar yang unik dan motif moden.

Tahun ini AEON akan menawarkan lebih banyak pilihan anime menarik daripada Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen, dan Demon Slayer. Dengan menggabungkan elemen minimalis cyberpunk atau warna terang manga klasik, koleksi AEON SELECT menyasarkan koleksi dengan rekaan berbeza dan menarik.

Pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) di TARUMT turut mengambil bahagian dalam mengekspresikan inovasi fesyen untuk generasi seterusnya.

Mereka menggaya semula koleksi Naruto dengan konsep cosplay couture, pakaian jalanan grafik, dan aksesori berinspirasikan anime.

SCAR Mengukuhkan Kedudukan Denim

aeon 2

Pakaian denim, yang sebelum ini diasosiasikan sebagai pakaian kerja kasar, telah melalui transformasi yang luar biasa, menjadi fesyen serba boleh dan abadi.

Denim regang memberikan dimensi baru kepada keselesaan dan fleksibiliti, memberikan pergerakan dinamik tanpa perlu mengorbankan estetik klasik denim. Corak denim asal yang tidak terurus menarik minat penggemar denim yang mencari corak pemakaian yang lebih peribadikan.

Pakaian Perayaan Mewarnai Setiap Majlis

aeon 3

Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa koleksi dari AEON. Musim ini pasaraya ini menampilkan koleksi dari jenama seperti ARCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision, Kids Republic, dan M untuk golongan ibu.

Fesyen ini merevolusikan gaya perayaan tradisional, menawarkan pelbagai gaya yang memenuhi citarasa dan pilihan yang berbeza.

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, menyatakan komitmen AEON untuk menyediakan fesyen yang inklusif. Beliau menjelaskan bahawa fesyen bukan lagi tentang piawai sempit, tetapi tentang mencerminkan kepelbagaian manusia. Dalam kerjasama dengan Steven Sunny, #ownwhatyouwear menjadi gerakan yang mencerminkan kepercayaan bahawa setiap individu berhak mengekspresikan identiti mereka melalui pakaian.

Jenama Eksklusif di AEON

-innerCasual (iC): Mengutamakan kualiti tinggi dan lestari, dengan tiga gaya berbeza – ActiveWear, PeaceFit dengan teknologi inovatif, dan rangkaian fesyen Sustainable.

-SCAR: Menawarkan fesyen unik termasuk ‘tie-dye’, lapisan ‘crop flutter’, dan pemperibadian teliti.

-Puteri: Rangkaian sopan untuk pengalaman gaya bebas, termasuk pakaian renang Muslimah yang dipadankan dengan pakaian sifon bergaya.

-PlusCollection: Menyediakan pilihan untuk semua saiz.

-Arcadia: Menawarkan gaya hidup moden dengan pakaian linen, seluar, dan ton warna tanah.

-M: Reka bentuk fabrik ringan untuk ibu hamil, termasuk pakaian mesra menyusu.

-ti:zed: Pakaian lelaki dan wanita, termasuk ‘hoodie’ bergaya, baju panas, dan kemeja serta dres kapas dengan cetakan grafik.

-Guys’ Vision: Pakaian lelaki yang tahan lama, mudah dijaga, dan sesuai untuk segala gaya.

Fesyen sebagai Kuasa Pembebasan

aeon 5

Mengakhiri persembahan koleksi AEON AFP , Low Ngai Yuen mengakui fesyen mempunyai kuasa untuk individu mengekspresi dan memperkasakan diri.

Dengan lebih banyak pilihan yang ditawarkan dan kerjasama yang melibatkan generasi baru, AEON Fashion Preview 2023 Edisi November mengukuhkan posisinya sebagai acara fesyen yang menggembirakan, merentas generasi, dan mencerminkan semangat inklusif dalam industri fesyen Malaysia.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web, Facebook, X dan Instagram AEON.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...