Aedy Ashraf Akur Belum Rezeki Terima Anugerah, Syukur Masih Bertahan Dalam Industri

Hiburan

Aedy Ashraf Akur Belum Rezeki Terima Anugerah, Syukur Masih Bertahan Dalam Industri

Selama lebih dua dekad bergelar anak seni, namun rezeki belum berpihak kepada pelakon Aedy Ashraf untuk merangkul trofi popular mahupun terbaik.

Aedy Ashraf
2 years ago

"Kalau Tak Boleh Terima Tekan Saja Butang 'Unfollow'" - Aedy Ashraf

Advertisement

Tidak sedikit pun merasa terkilan, sebaliknya Aedy tetap bersyukur kerana masih mampu untuk bertahan sehingga ke hari ini.

Saya memang tak pernah genggam apa-apa trofi sepanjang 21 tahun bergelar pelakon. Namun, nama pernah juga dicalonkan dalam beberapa kategori anugerah.

Mula melangkah sebagai pelakon pada usia 10 tahun, Aedy memaklumkan yang dia hanya memikirkan strategi bagaimana untuk terus bertahan berbanding sibuk mengejar trofi sejak dahulu lagi.

Tambah Aedy, penghargaan itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan bukan diukur dengan pungutan serta penerimaan trofi semata-mata.

Aedy turut memberitahu yang dia secara jujurnya tidak mengimpikan untuk mendapat anugerah kerana dia bekerja dengan ikhlas malah dia berbangga kerana masih mampu bertahan biarpun tidak menggenggam apa-apa trofi.

Aedy Ashraf

Saya mahu bertahan dalam industri seni selama yang mungkin. Lagipun, anugerah boleh datang dalam pelbagai cara.

Ujar Aedy lagi, dia tidak menganggap yang dia hanya dihargai apabila berjaya membawa pulang trofi kerana sebenarnya banyak lagi cara yang boleh membuatkan dirinya rasa dihargai.

Sekadar info, Aedy kini membintangi sebuah drama 28 episod berjudul Kisah Cinta Kita yang sudah mula menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 sejak 26 November lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...