Rasanya baru saja membuat entri tentang ulangtahun perkahwinan Ady Putra dan isterinya yang ke-enam.
Namun hari ini Harian Metro melaporkan yang pelakon Ady Putra mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah, 11 Mei lalu.
Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut namun yang pasti dia dan isteri tiada persefahaman.
Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
Ady menambah mereka berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami.
Kiranya agak mengejutkan juga berita ini kerana Ady dan isteri tampak bahagia saja sebelum ini terutamanya semasa jelajah ABPBH yang lepas. Namun yang empunya diri lebih tahu apa yang terbaik untuk hidupnya.
Semoga Ady dan isteri menemui kebahagiaan selepas ini.
nordin ahmad
May 19, 2012 at 11:52 pm
aku doakan adi bersama nd…lg pun die tkde anak ngan aida kan aida tu dah umo 38 thn…mesti tk dpt bg ank kot..
yela...
May 19, 2012 at 8:27 pm
huhuhu…xbestnye dgr brite ni…..
dinda
May 19, 2012 at 12:00 am
Just copy n paste utk panduan…
perhatian…bergegar arasy tu adalah hadis palsu..jangan dok sebut dah lepas ni..arasy ALLAH maha utuh …maha kuat…hanya setakat penceraian bergegar…ini semua israiliat punya cerita…hati2 bila berkata-kata mengenai ini..
abil
May 18, 2012 at 8:40 pm
tolong la jgn bercerai….sedih dengar cite cm ni
handpon rosak
May 18, 2012 at 7:55 pm
da mkin smpi situ jer jodoh mereka n jodoh gan org len,so biarkan jer la..yg kmu na sbok buat per….hukhukk…