July 31st, 2012

Abang Nara ingatkan kaum wanita sahaja yang selalu ditipu dengan sindiket pelaburan Internet, rupa-rupanya kaum lelaki turut menjadi mangsa. Tambah hebat apabila pelaburan internet itu berjaya menipu Ady Putra sebanyak RM19,000. Satu angka yang agak besar juga di mata Abang Nara.

ady putra

Ady Putra telah pun membuat laporan polis berkaitan penipuan ini dan enggan mengomen lebih lanjut lagi. Alang-alang dah masuk bab penipuan Internet ini, Abang Nara ingin berpesan terutamanya kepada kaum wanita. Jangan mudah tertipu dengan email, Facebook Chat, SMS dan macam-macam teknik lagi yang kononnya ada omputih ingin berkenalan dengan anda. Itu sebenarnya penipuan semata-mata.

ady putra

Kebanyakan omputih ini sebenarnya adalah orang Afrika yang telah dilatih untuk menipu rakyat Malaysia terutamanya wanita. Wanita yang selalu ditipu pula ialah janda, andartu dan mereka yang tak laku di pasaran. Jadi bila ada omputih yang kata jatuh cinta dengan golongan seperti ini, pastinya hati berbunga-bunga. Bila duit dah habis ratus ribu, barulah sedar dah kena tipu.

ady putra

Jadi berhati-hatilah. Jangan terpengaruh dengan ayat-ayat manis. Abang Nara pelik jugak sebab modus operasi sindiket ini kesemuanya sama tetapi masih ramai yang tertipu. Abang Nara nasihatkan bacalah Harian Metro atau pun Kosmo sebab suratkhabar ini selalu membongkar penipuan sebegini.


43 responses to “Ady Putra Ditipu RM19,000 Dalam Pelaburan Internet”

  1. aku nini says:

    Pasal kena tipu ngan mat afrika ni jangan jadi lurus bendul. Aku pon dah biasa tersua dgn mamat kat dlm ni yg mengaku omputih. tp jgn igt semua pompuan bodoh…bila dia cakap nak dtg kat Malaysia konon nak jumpa aku aku pon temberang dia meh dtg …..aku kata bapak aku pesuruhjaya polis, adik beradik aku kerja bukit Aman….meh dtg sini meh kirim hadiah kalau ko nak tau dunia tinggi rendah….terus mamat2 scam ni senyap tak berdetuk tak berdetik….korang kalau dia temberang konon dia ada kawan kat imegresen korang temberanglah korang ada sedara pangkat besar kat sana…sah2 dia takut nak temberang korang ni main percaya buta2 mmglah kena tipu…ha ini sebagai perkongsian kat mana2 minah yg kesepian dan suka main perasaan ngan org tak kenal……….hehe sbb aku ni dah byk makan garam…so dengar nasihaat ahkak ni…ok

  2. Sumandak says:

    Puasa ke tak muslimin dan muslimat dalam BN ni? Cam sedap je mengata org kan bulan2 puasa ni..;)

  3. aku says:

    amboi…sedap bahasa abg nara ye..abg nara lupa ke jodoh, ajal, maut,rezeki kat tangan Tuhan..bahasa “Wanita yang selalu ditipu pula ialah janda, andartu dan mereka yang tak laku di pasaran” memang kejam. Abg nara tentu ada adik atau kakak kan? Kalo mereka tak kahwin lagi, sanggup ke abg nara kata macam tu kat mereka?Jadi jadi blogger bukan takat share info, tapi kena ada ‘hati’ gak. Untuk masa depan gunalah bahasa yang sedap dibaca, moga tak hati yang terguris. Sekian

    • pondok says:

      bukan tak laku dipasaran, cuma perempuan2 ni takut kena tipu dengan lelaki2 yang lepas kahwin satu then nak tambah 2,3 dan seterusnya..kalau dah ada good job, good salary kenapa nak tambah beban dengan mengahwini lelaki2 yang mmg most of them gatal lepas kahwin…tu sebab banyak perempuan sekarang takut nak kahwin dengan sesapa aje..but yang kena tipu tu, next time test dulu..kalau betul that guy nak kat kita, suruh dia dtg menghadap kita dan kalau boleh pi korek latar belakang sikit kt embassy…embassy kan ada…jangan hantar duit to anybody sebab real man dont beg money from woman :)

  4. […] Abang Nara ingatkan kaum wanita sahaja yang selalu ditipu dengan sindiket pelaburan Internet, rupa-rupanya kaum lelaki turut menjadi mangsa. Tambah hebat apabila pelaburan internet itu berjaya menipu Ady Putra sebanyak RM19,000. Satu angka yang agak besar juga di mata Abang … Continue reading → […]

Loading...