Abang Nara ingatkan kaum wanita sahaja yang selalu ditipu dengan sindiket pelaburan Internet, rupa-rupanya kaum lelaki turut menjadi mangsa. Tambah hebat apabila pelaburan internet itu berjaya menipu Ady Putra sebanyak RM19,000. Satu angka yang agak besar juga di mata Abang Nara.
Ady Putra telah pun membuat laporan polis berkaitan penipuan ini dan enggan mengomen lebih lanjut lagi. Alang-alang dah masuk bab penipuan Internet ini, Abang Nara ingin berpesan terutamanya kepada kaum wanita. Jangan mudah tertipu dengan email, Facebook Chat, SMS dan macam-macam teknik lagi yang kononnya ada omputih ingin berkenalan dengan anda. Itu sebenarnya penipuan semata-mata.
Kebanyakan omputih ini sebenarnya adalah orang Afrika yang telah dilatih untuk menipu rakyat Malaysia terutamanya wanita. Wanita yang selalu ditipu pula ialah janda, andartu dan mereka yang tak laku di pasaran. Jadi bila ada omputih yang kata jatuh cinta dengan golongan seperti ini, pastinya hati berbunga-bunga. Bila duit dah habis ratus ribu, barulah sedar dah kena tipu.
Jadi berhati-hatilah. Jangan terpengaruh dengan ayat-ayat manis. Abang Nara pelik jugak sebab modus operasi sindiket ini kesemuanya sama tetapi masih ramai yang tertipu. Abang Nara nasihatkan bacalah Harian Metro atau pun Kosmo sebab suratkhabar ini selalu membongkar penipuan sebegini.