ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei Positif Covid-19, Nafi Dakwaan Tanggal Gelang Pink

COVID-19

ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei Positif Covid-19, Nafi Dakwaan Tanggal Gelang Pink

Mendedahkan dalam satu kenyataan media bahawa dirinya didapati positif Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku iaitu Lim Yi Wei tampil memohon maaf.

Menerusi sebuah hantaran tweet di laman Twitter, sejurus pulang dari Sabah pada 27 September lalu Lim Yi Wei menjelaskan beliau terus menjalani kuarantin diri.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, beliau juga dilihat tidak ketinggalan memohon maaf kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM dan mereka yang turut terkesan dengan keputusan positif ujian saringan Covid-19 yang menimpa dirinya itu.

Dalam pada itu, beliau juga dilihat tampil meluahkan rasa penghargaan kepada orang ramai khususnya individu-individu tidak henti memberikan kata-kata positif dan sokongan terhadapnya.

Bagaimanapun, Lim Yi Wei khabarnya memaklumkan perkara sebenar dan menafikan beberapa laporan yang dikeluarkan oleh segelintir pihak media berhubung dakwaan dirinya telah menanggalkan gelang pink.

Sebaliknya, beliau mengakui telah menjalankan kuarantin diri di rumah selepas menjalani ujian saringan Covid-19 pertama di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...