Adun Jeram Nak Beli Wang Kertas RM1, Tawar Sehingga RM3k

Trending

Adun Jeram Nak Beli Wang Kertas RM1, Tawar Sehingga RM3k
Di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli menarik perhatian ramai apabila menawarkan sejumlah wang sehingga RM3,000 kepada sesiapa yang mempunyai wang kertas RM1 dengan tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang keenam, Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman. Mencecah sehingga 1.9k perkongsian, netizen turut ‘membuka’ koleksi wang lama kepunyaan mereka. Siapa sangka rupanya ramai yang mempunyai hobi yang serupa!
Di hantaran terbaru, beliau menjelaskan mula menyimpan koleksi duit lama sejak 20 tahun yang lalu. Katanya, hobi ini sebenarnya mempunyai peluang pendapatan yang tinggi. Beliau memberi contoh seorang rakan yang bekerja di agensi kerajaan tetapi pendapatan bulanan mampu mencecah RM10k. Beliau turut menyertakan 30 keping koleksi duit lama yang menjadi simpanannya. Banyak betul! Di ruangan komen, netizen turut mengeluarkan koleksi yang diperolehi mereka. Melalui tinjauan dapat dirumuskan ramai rupanya yang mempunyai hobi yang sama. Manalah tahu harga naik mencanak nanti kan?
 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...