ADUN Jeram Dakwa Pembekal Beg China Salah Faham, Cetak Wajahnya Pada Beg Sekolah

Trending

ADUN Jeram Dakwa Pembekal Beg China Salah Faham, Cetak Wajahnya Pada Beg Sekolah


Satu gambar tular di media sosial menunjukkan beberapa orang kanak-kanak menerima beberapa buah beg berwarna merah yang tercetak gambar YB Mohd Shaid Rosli yang merupakan ADUN N12 Jeram, Selangor. Sumbangan beg sekolah yang memaparkan wajahnya yang dianggap mencontohi pendekatan Barisan Nasional (BN), malah ada yang menyifatkan pemberiannya tidak ikhlas.

Advertisement

Ini menyebabkan ia mendapat kritikan Netizen yang menganggap cetakan gambarnya pada beg itu tidak perlu.

“Ini bukan Korea Utara”

“Betul punya ikhlas”

 

“Gunalah gambar Ultraman ke, Batman ke?”

“Macam Jebon”

Bagaimanapun, YB Mohd Shaid Rosli mempunyai alasan mengenai cetakan wajahnya pada beg tersebut.

Berlaku salah faham antara pihaknya dengan pencetak

Mohd Shaid memberitahu:

Sebenarnya beg ini saya tempah di negara China, tempahan ini sudah lama, saya sudah tempah sejak 4 bulan lalu. Lain yang kita harapkan, lain pula beg sekolah yang sampai. Jadi, apabila benda sudah sampai maka kita beri jugaklah.

Ini bukannya satu kesalahan jenayah untuk saya minta maaf. Saya tidak nampak ia sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.

Bagi saya benda ini kita buat bukan untuk popular atau ikut budaya kerajaan lama tetapi apabila sudah jadi seperti ini, seolah-olah saya ikut budaya lama.

Shaid menjelaskan, sebanyak 1,000 beg sekolah dicetak di negara China dan diedarkan kepada pelajar di 5 buah sekolah sekitar kawasannya. – amazingnara.com

Sumber: Free Malaysia Today

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...