Tular di Facebook baru-baru ini, beberapa gambar menunjukkan majlis yang diadakan di sebuah sekolah bersama murid, guru dan tetamu khas.
Bagaimanapun, foto tersebut mengundang kritikan hebat daripada netizen di media sosial kerana layanan yang tidak sama rata diberikan.
Menerusi ‘posting’ itu, guru-guru dan tetamu VIP dilihat dijamu makan di atas meja yang beralas dan kerusi yang diletakkan sarung kemas.
Namun, murid-murid pula dilihat menikmati makanan mereka di atas lantai sahaja.
Perkara itu mengundang rasa kurang senang netizen kerana beberapa perkara terutamanya isu kebersihan.
Menurut netizen, meskipun lantai itu telah di mop ia tetap kotor dan tidak sesuai kerana dipijak setiap hari.
Apatah lagi, tapak kasut murid kotor dan telah memijak lantai di tandas juga. Makanan pula hanya lebih kurang sejengkal sahaja dengan kasut masing-masing.
VIP bagi duit raya pada murid. Jarak kasut VIP dengan makan kurang sejengkal.”
Segelintir netizen mempersoalkan mengapa lantai di kantin itu tidak dilapik terlebih dahulu supaya makanan murid semua tidak diletakkan ‘direct’ atas lantai.