Semalam, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan seorang artis telah ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan hartanah yang melibatkan kerugian RM500,000.
Malah, perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid yang  berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya kira-kira pukul 2 petang  Khamis.
Artis berkenaan akan direman selama empat hari agar pihak polis dapat menjalankan siasatan selanjutnya.
Mendengar berita berkenaan, pelakon Ruminah Sidek agak terkejut dan sama sekali tidak tahu anaknya Adlin Aman Ramlie sudah ditangkap.
Pihak media juga gagal untuk menghubungi isterinya  Emelda yang dipercayai tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.
Kami tidak tahu apakah perkara sebenar yang telah terjadi disebalik penangkapan tersebut. Harapnya selepas ini ada penjelasan daripada pihak Adlin Aman Ramlie agar ia tidak terus menjadi spekulasi.