Filem Adiwiraku yang telah ditayangkan pada bulan Mac lalu digarap daripada sebuah kisah benar. Ia menceritakan perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Adiwiraku menghidupkan kisah bagaimana pelajar SMK Pinang Tunggal Sg Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.
Filem ini tidak dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama namun kehebatan jalan cerita, lakonan dan emosi cerita ini tidak boleh dinafikan. Adiwiraku telah dinobatkan sebagai filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke 29 yang telah berlangsung semalam. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terbabit menjayakan filem hebat ini. Semoga kemenangan ini akan menyuntik semangat pembikin-pembikin filem sebegini di Malaysia.
Selain kejayaan Adiwiraku, FFM29 turut menyaksikan kemenangan Namron selaku Pelakon Terbaik menerusi filem Redha. Filem Redha juga sangat menarik untuk ditonton kerana ia menceritakan cabaran ibu bapa membesarkan anak mereka autistic. Manakala Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Sangeeta Krishnasamy menerusi filem Adiwiraku.
Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pemenang di FFM29. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk anda terus berlakon. Senarai penuh pemenang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
1) Filem Terbaik: Adiwiraku
2) Pengarah Terbaik: Dain Said (Interchange)
3) Pelakon Lelaki Terbaik: Namron (Redha)
4) Pelakon Wanita Terbaik: Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)
5) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)
6) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)
7) Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)
8) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)
9) Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)
10) Pelakon Lelaki Harapan: John Tan (You Mean The World To Me)
11) Lakon Layar Terbaik: Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)
12) Sinematografi Terbaik: Jordan Chiam (Interchange)
13) Cerita Asal Terbaik: Jason Chong (Adiwiraku)
14) Kostum & Busana Terbaik: Akma Suriati Awang (Hanyut)
15) Anugerah Khas Juri (Kesan Khas Visual): Desolasi (Skop Productions Sdn Bhd)
16) Anugerah Khas Juri (Kesedaran Sosial): Shuttle Life (MM2 Film Distribution Sdn Bhd)
17) Anugerah Khas Juri (Kupasan Isu Najis Dadah): Pekak (Grand Brilliance Sdn Bhd dan
Lightbulb Pictures)
18) Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Datuk Yusof Haslam
19) Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim
20) Filem Box Office: Abang Long Fadil 2 (Skop Production Sdn Bhd & Astro Shaw)
21) Penataan Bunyi Terbaik: Daniel (Hanyut)
22) Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)
23) Suntingan Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)
24) Skor Muzik Terbaik: David Koon (You Mean The World To Me)