November 25th, 2019

Ingin cuba mempertahakan rumah tangga demi anak-anak tercinta, penyanyi Adira Suhaimi mengakui sudah berbaik dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Datuk Red.

adira tidak jadi bercerai

Dia kini dalam proses menarik balik permohonan cerai selepas memfailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada 9 Oktober lalu. Adira berharap suaminya itu tidak mensia-siakan peluang kedua yang diberikan.

Macam saya pernah cakap sebelum ini, anything can happen. Niat saya untuk berikan suami peluang kedua sekali lagi, saya harap dia gunakan dengan baik.

Sebab apa saya berikan peluang, saya tak boleh nak kongsi tapi alasan paling utama adalah anak-anak kami. Kami dalam proses berbaik sejak kurang seminggu lalu tapi tiada sesi pujuk-memujuk pun.

adira suhaimi

Saya agak yakin dengan keputusan saya. Apa-apa pun, doa yang terbaik buat kami.

Menurut Adira, dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk hubungan mereka kembali pulih namun mengakui kesabarannya juga mempunyai had.

Saya tidak meletakkan apa-apa syarat, selagi boleh saya akan bersama namun sebagai manusia saya juga ada hadnya. Just don’t cross the limit.

Terdahulu, Adira ketika tegas dengan pendiriannya untuk berpisah. Namun, Datuk Red berkata dia enggan bercerai dan ingin terus mempertahankan rumah tangga mereka. Dia masih sayangkan isteri dan anak-anaknya dan akan cuba untuk menambat hati Adira semula.

Sumber Berita : mStar Online

Tinggalkan Komen Anda Di Sini