Adira Suhaimi Dan Datuk Red Rancang Kahwin Semula Selepas Raya Aidilfitri Tahun Hadapan

Hiburan

Adira Suhaimi Dan Datuk Red Rancang Kahwin Semula Selepas Raya Aidilfitri Tahun Hadapan

Usahawan, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan dia bakal bersatu semula dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi tidak lama sahaja lagi.

Ujar Adnan, bekas isterinya itu difahamkan terbuka hati untuk memberikan peluang kedua setelah melihat kesungguhannya berubah menjadi lebih baik dalam tempoh idah sebelum ini.

Advertisement

Ya, saya dan Adira kembali bersama, apa yang orang ramai tengok dalam siaran langsung saya itulah sebenarnya. Adira kata mahu beri saya peluang selepas nampak perubahan saya.

Tapi kami tidak tergesa-gesa, masih mengenali hati budi. Saya pun tak nak cakap lebih kalau ada jodoh kami Insya-Allah.

Malah, mereka berdua juga sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk berkahwin dan Adnan juga telah berbincang dengan keluarga penyanyi itu mengenai urusan perkahwinan kelak.

Selepas raya Aidilfitri tahun depan, Insyallah kami akan ke langkah seterusnya, saya pun sudah berbincang dengan abang Adira mengenai perkara ini.

Mengakui sedang dalam fasa bercinta pada ketika ini, kedua-duanya sah bercerai talak satu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Josiah hogan lepas kerakyatan amerika syarikat
4 months ago

Rasa Lebih Selamat Dan Mahu Anak-Anak Dibesarkan Dalam Persekitaran Islam, Josiah Hogan Lepas Kerakyatan AS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...