March 29th, 2015

Pandai sungguh Adira dan Shahrul menyorok perkembangan percintaan mereka. Dalam diam rupa-rupanya pasangan kekasih ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 22 Disember 2014. Lebih menarik, kedua-duanya telah merancang untuk berkahwin pada bulan September ini. Majlis pertunangan tersebut telah berlangsung serba ringkas dengan kehadiran keluarga Adira dan Shahrul di Kundasang, Sabah, rumah Adira.

gambar adira dan shahrul bertunang

Pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bercinta sejak beberapa tahun lalu dan ada kalanya bergaduh seperti pasangan lain. Menarik juga teknik Shahrul memujuk Adira. Anda kena baca di BiPop hari ini. Abang Nara kongsikan sedikit kata-kata Adira tentang percintaannya dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Kata Adira:-

Saya tidak tahu kenapa menyukainya mungkin sebab dia adalah Shahrul Nasrun. Bukan saya pandangan ketampanan atau kebendaan. Saya tidak suka lelaki berjanggut, tetapi apabila mengenalinya, persepsi saya berubah. Seksi juga lelaki berjanggut.

Shahrul seorang yang baik hati dan berdikari, selain mementingkan kekeluargaan. Saya bahagia bersamanya. Shahrul tegas orangnya tetapi dia sering membuatkan saya gembira.

Memang ramai yang tidak tahu kami sudah bertunang. Saya bukan mahu menipu atau menyembunyikan hakikat sebenar, namun pertunangan itu hanya ikatan yang tidak menjanjikan kepastian. Disebab itu saya tidak berani untuk menguar-uarkan terlebih dahulu.

Majlis pertunangan berlangsung ringkas, hanya dihadiri keluarga. Hanya apabila tarikh sudah ditetapkan baru saya berani bersuara. Insya Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada September nanti.

gambar adira dan shahrul bertunang

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Pasti para peminat pun turut sama tumpang gembira. Tak sabar nak menunggu hari pernikahan Adira dan Shahrul. Pastinya kedua-duanya akan kelihatan cantik berseri-seri di hari bahagia mereka. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar. Semoga dipermudahkan. Amin. Sumber BiPop.


Comments are closed.

Loading...