Adira Selesa Hidup Tanpa Suami, Anggap Datuk Red Bergurau – “Dia Suka Main Cakap Saja..”

Hiburan

Adira Selesa Hidup Tanpa Suami, Anggap Datuk Red Bergurau – “Dia Suka Main Cakap Saja..”

Penyanyi jelita, Adira menafikan dakwaan kononnya dia bakal kembali rujuk dengan bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Ada salah faham

Terkejut akan dakwaan itu, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi memberitahu mungkin ada pihak yang salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas suaminya itu memandangkan dia seorang yang suka bergurau.

Advertisement

adira suhaimi

Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap sahaja dalam sesi ‘live’.

 

Ada orang tanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab sudah.

 

Dia memang jenis begitu kalau orang yang kenal tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami.

Selesa tanpa suami

Menurut Mstar, Adira turut memberitahu bahawa dia sudah selesa dengan hidupnya sekarang dan sedang memberi fokus untuk membesarkan empat orang anaknya.

adira suhaimi

Saya selesa hidup seperti ini, saya tengah fokus nak besarkan empat orang anak dan cari rezeki.

 

Anak saya ramai dan mereka sangat memerlukan saya.

Pada Julai tahun lalu, Datuk Red meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025 namun hasrat itu tidak kesampaian kerana dirinya masih dibelenggu hutang.

Sekadar info, Datuk Red dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

datuk red reda jika tiada jodoh dengan adira
1 month ago

“Kalau Ada Jodoh, Ada Lah” - Datuk Red Dedah Ada Lelaki Lain Cuba Dekati Adira, Akur Jika Tiada Jodoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...