Sedang hamil enam bulan, penyanyi Adira mengesahkan beliau bakal menimang cahaya mata perempuan. Adira mengetahui jantina anak didalam kandungannya itu selepas melakukan ujian “ultrasound†baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Adira memberitahu beliau dan suamiya, Datuk Red tidak kisah dengan jantina anak mereka dan mementingkan kesihatan bayi yang bakal dilahirkan pada bulan Mac tahun hadapan.
Jujurnya saya dan suami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan kerana paling penting saya dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dia dilahirkan nanti. Insya-Allah, menurut doktor saya dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.
Biasanya wanita yang sedang hamil pasti akan mengidam sesuatu yang agak unik tetapi buat Adira beliau hari-hari hendak makan kari mamak.
Tetapi apabila usia kandungan mencecah enam bulan saya tidak mengalami alahan tetapi sering mengidam hendak makan kari mamak sampai kadang-kadang tidak mengira waktu. Nasib baik restoran mamak banyak jadi tidak susah untuk mencari makanan tersebut.
Sejak mengandung, Adira turut berkongsi beliau kini gemar berkebun dan membela ikan didalam kolam dirumahnya. Ia mengingatkan Adira dengan suasana kampungnya di Kundasang, Sabah.
Alhamdullillah, baik anak lelaki mahupun perempuan ia tetap anugerah terindah buat Adira dan suami. Benar kata Adira, apa yang penting ialah anak didalam kandungannya sihat dan cukup sifat.