Adira Sah Hamil 7 Minggu

Hiburan

Adira Sah Hamil 7 Minggu

Baru-baru ini Dato Red ada memuat naik foto imbasan kandungan Adira di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Terbaru, Dato Red menerusi portal mStar Online mengesahkan Adira kini sedang hamil 7 minggu selepas menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor.

Menurut Dato Red, Adira buat masa ini tidak mengalami sebarang alahan cuma mengidam untuk memakan kari mamak setiap hari.

Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas.

Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka.

Tidak mahu Adira terlalu penat, Dato Red meminta beliau untuk memperlahankan aktiviti nyanyian sepanjang tempoh kehamilan.

Sebenarnya Dato Red mempunyai rencana untuk membawa Adira bercuti ke Eropah dalam masa terdekat.

Saya suruh dia kurangkan kerja seninya, kesian dia bergerak sendiri kerana saya sekarang sedang sibuk tidak sempat untuk teman dia kerja. Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah.

Pada masa yang sama, Dato Red berharap beliau dikurniakan cahaya mata lelaki bersama Adira.

Dato Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand  pada 3 Disember 2015 selepas beberapa minggu berkenalan.

Adira merupakan isteri kedua Dato Red. Terdahulu, Dato Red sudah bernikah dengan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Sharifah atau mesra disapa Datin Red. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...