November 7th, 2019

Berita pergolakan rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Red bulan lalu mendapat perhatian ramai. Lama memendam perasaan, Adira tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian, tetapi suaminya Datuk Red enggan berpisah dan ingin mempertahankan rumah tangga mereka.

adira datuk red

Dalam kenyataan terbaru, Adira berkata dia akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya jika tetap mahu meneruskan penceraiaan dengan suaminya. Melahirkan anak sendiri bukanlah untuk diberikan kepada orang lain. Namun, dia tidak akan memisahkan hubungan bapa dan anak-anak.

Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya. Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi.

adira suhaimi

Bagaimanapun saya memang tiada niat untuk pisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan menghalang mereka dari berjumpa.

Ditanya adakah dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya, Adira bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menghormati Datuk Red yang masih sah sebagai suaminya.

Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Harapnya segala urusan Adira dan suami dipermudahkan. Cubalah cari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi.

Sumber Berita : mStar Online


6 responses to “Adira Pertahankan Hak Penjagaan Anak, Beranak Bukan Untuk Bagi Pada Orang”

  1. Anonymous says:

    3 org lah dah. tertinggal cerita dah.

Loading...